AKTIVITI PENGAWAS


Majlis Makan Malam Pemimpin Pelajar SMK Panchor 2013

Majlis Makan Malam Pengawas 2013 yang diadakan pada hari Isnin , 30 Disember 2013 di Spanish Villa telah dilaksanakan untuk meraikan para pemimpin pelajar yang bertungkus lumus membantu menjaga disiplin sekolah ini sepanjang tahun ini. Majlis ini juga diadakan untuk para pelajar Tingkatan Lima yang juga bersungguh-sungguh memacu Badan Pemimpin Pelajar ke tahap yang lebih baik daripada tahun sebelumnya. Selain itu, majlis ini dapat mendidik para junior untuk menguruskan aktiviti - aktiviti pengawas yang besar seperti ini. Hal ini seterusnya melahirkan generasi pemimpin pelajar yang mampu membawa Badan Pemimpin Pelajar ke suatu tahap yang menjangkau jangkaan sesiapa sahaja...Insya-Allah..
Berikut ialah beberapa gambar yang sempat ditangkap semasa majlis tersebut. Semoga anda terhibur.... :)






















---------------------------------------------------------------------------------
Mesyuarat Pemimpin Pelajar Kali Ketiga 2013







Mesyuarat pemimpin pelajar kali ketiga 2013 telah diadakan pada 9 Mac 2013 (Sabtu) bersamaan dengan 26 Rabiulakhir 1434. Mesyuarat kali ini secara khususnya diadakan untuk membincangkan tugas pemimpin pelajar semasa Majlis Tilawah Al-Quran(MTAQ) peringkat negeri yang bakal diadakan di sekolah tercinta pada 13 April 2013(Sabtu). Selain itu, mesyuarat kali ini juga membincangkan isu perkhemahan pemimpin pelajar yang diusulkan akan diadakan pada 22,23 dan 24 Mac 2013 namun tarikhnya masih dibincangkan.

Agenda-agenda utama yang dibincangkan bersama ialah

:- Tugas pemimpin pelajar semasa MTAQ

     - Sebanyak 16 pertandingan yang diadakan dan dua orang pengawas ditugaskan untuk satu pertandingan maka pengawas yang bertugas untuk pertandingan ialah 32 orang

-  Pengawas yang wajib bertugas ialah tingkatan 2,3 dan 4

      - Ahli Jawatankuasa Tertinggi terutamanya tingkatan 5 ditugaskan meronda setiap kawasan pertandingan untuk memastikan kelancaran majlis

     -Pemimpin pelajar yang bertugas semasa MTAQ akan mendapat sijil peringkat negeri

- Pada hari tersebut, semua pemimpin pelajar diwajibkan memakai blazer

  - Senarai tugas pemimpin pelajar diuruskan oleh Penolong Ketua Pemimpin Pelajar , Alyia Farzana binti Mohd All Jafri

-: Kem Pemimpin Pelajar

    - Tarikh untuk kem diadakan sudah ditetapkan namun  di atas sebab-sebab yang tertentu guru penasihat ingin menimbangkan semula tarikh tersebut dengan berbincang bersama beberapa orang guru

- Program ceramah pada kem itu akan dikurangkan iaitu mengikut guru penasihat hanya dua slot -> Peranan seorang pemimpin 
                                                      -> Born to be a Leader

   - Satu slot Program Qiamulaill akan diadakan buat pemimpin pelajar yang muslim

      - Penyediaan makanan akan disediakan oleh para guru

          -Permainan yang dicadangkan ialah futsal bagi lelaki dan bola keranjang bagi perempuan

          - Bayaran masih dibincangkan

-: Masalah di sekolah

Masalah gangguan yang kerap berlaku di sekolah

Para pelajar menimbulkan kekecohan setiap kali gangguan berlaku
= Pengawas haruslah bertindak mengawal keadaan jika berlaku gangguan di dalam kelas
= Mana- mana pemimpin pelajar yang turut sama melakukan kekecohan akan dikenakan tindakan

        -  Isu datang lewat ke sekolah

= Pemimpin pelajar diminta untuk mengetatkan tugas dengan menahan pelajar yang datang lewat


Nasihat daripada guru pemimpin pelajar

-: Pemimpin pelajar haruslah lebih proaktif dan pengaturan masa hendaklah lebih teratur

:- Buku catatan haruslah dibawa setiap kali perhimpunan

:- Keputusan ujian pemimpin pelajar yang tidak memuaskan akan dikenakan tindakan

:- Pemimpin pelajar tingkatan dua diberi teguran supaya melaksanakan tugas masing-masing

:- Saling tegur-menegur antara pemimpin pelajar akan meningkatakan prestasi serta reputasi pengawas

-: Anugerah kepimpinan akan diberikan kepada pengawas yang layak

:- Jadual bertugas akan diberikan pada masa yang terdekat

Semoga aktiviti yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan baik oleh para pemimpin pelajar di bawah bimbingan ketua pelajar dan penolong ketua pelajar di samping guru-guru yang berkaliber. Insya-ALLAH. : )

----------------------------------------------------------------


Mesyuarat Pemimpin Pelajar Kali Kedua bagi Tahun 2013


Mesyuarat Pemimpin Pelajar Kali Kedua bagi tahun 2013 telah diadakan pada 23 Februari 2013(Sabtu) bersamaaan dengan 12 Rabiulakhir 1434 Hijrah. Mesyuarat kali ini diadakan bagi memberi sedikit refleksi diri kepada para pemimpin pelajar supaya tugas-tugas dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.

Ucapan Encik Abdul Karim bin Puteh (guru penasihat)

-:  Sikap amanah serta melakukan sesuatu tugas itu dengan ikhlas perlu ada dalam diri setiap para pemimpin pelajar

   -:   Teguran buat pelajar lelaki yang tidak memasukkan baju di dalam seluar

-:  Jawatankuasa Tatatertib Pengawas
                             -> Ketua Pengawas Menengah Atas
                             -> Penolong 1
                             -> Penolong 2
                             -> Setiausaha
                             -> P. Setiausaha
  
                -: Pelajar yang dihukum boleh membuat rayuan

  -: Pemimpin pelajar yang bermasalah akan dihantar ke unit kaunseling

 -: Penghargaan iaitu ucapan terima kasih diberikan kepada pemimpin pelajar yang membersihkan bilik pengawas

      -: Cadangan untuk mencantikkan bilik pengawas 
 - Cat bilik –warna hijau 
- Almari 
- Komputer
- Karpet 
 Pendingin hawa 
 Meja panjang
- Kerusi 
 Papan putih 
 Jam dinding
 Rak kasut 
 Kipas

-->  Pemimpin pelajar yang ditugaskan menceriakan bilik badan Pemimpin Pelajar
 - Nur Iwana Syazwani bt Jamaluddin – 2A 
- Farah Azra Dayana bt Arifin – 2A 
 Muhammad Azim bin Mustapha Kami – 2A 
 Amirul Faras bin Sukardi – 2A


-> Kesalahan disiplin yang dilakukan oleh para pelajar dan pemimpin pelajar 
- Lewat datang ke sekolah 
 Keluar masuk kelas sesuka hati 
 Pakaian- tiada tali leher, tanda nama, lencana, baju melayu yang tidak lengkap 

 Kelas bising dan tidak bersih walhal ramai pengawas di dalam kelas

->  Pemimpin pelajar perlu berani dan menjaga diri apabila berhadapan dengan pelajar bermasalah

Ucapan Zarul Mustaqeem Abdul Samad( Ketua pemimpin pelajar)

-->  Kawasan yang WAJIB dijaga
=  Tapak perhimpunan
= Dewan

Kem bulan Mac
~ Cadangan aktiviti permainan luar
  = bola keranjang
=Futsal
~ Cadangan permainan dalaman
= Catur
= Carom

~ Blind walk’ malam

       ~Tempat tidur
= Khemah di padang – ¾ orang satu khemah
= Surau 
=Bilik muzik

~‘ice breaking’

Semoga aktiviti yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan baik oleh para pemimpin pelajar di bawah bimbingan ketua pelajar dan penolong ketua pelajar di samping guru-guru yang berkaliber. Insya-ALLAH. : )


----------------------------------------------------------------

Majlis Pelantikan Pemimpin Pelajar 2013

Berikut adalah antara gambar yang sempat ditangkap oleh FIRHAD,
JURU FOTO SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR

-------------------------------------------------------------------------


PENGETUA MENYAMPAIKAN CENDERAHATI


TETAMU YANG MENYAMPAIKAN WATIKAH PERLANTIKAN


GURU PENGAWAS-EN.KARIM


KETUA PEMIMPIN PELAJAR-ZARUL MUSTAQEEM


TETAMU DAN PARA GURU


ANTARA GAMBAR PEMIMPIN PELAJAR


GAMBAR-GAMBAR YANG SELEBIHNYA BOLEH DIDAPATI DI  SINI: FACEBOOK

------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Mesyuarat Pemimpin Pelajar Kali Pertama Tahun 2013


Mesyuarat Pemimpin Pelajar Kali Pertama Tahun 2013 telah diadakan pada 5 Januari 2013(Sabtu)  bersamaan dengan 22 Safar 1434 bermula daripada pukul 8.30 pagi sehingga 10 pagi . Sebanyak 65 orang pemimpin pelajar yang dapat menghadirkan diri manakala tiga orang guru penasihat iaitu Encik Abdul Karim bin Puteh, Encik Ahmad Jalallil bin Haji Idris dan Puan Siti Nor Shahshina binti Soffi turut berada di dalam mesyuarat.

Para pemimpin pelajar juga telah diberikan beberapa suntikan motivasi daripada guru-guru semasa mesyuarat diadakan. Antara nasihat para guru kepada para pengawas ialah penampilan serta sikap saling menghormati antara warga sekolah juga amat penting di samping peningkatan dalam keputusan akademik. Tugasan yang diberikan harus dilaksanakan dengan baik.  


Agenda-agenda utama yang telah dibincangkan bersama ialah 

:- Pelantikan watikah buat para pemimpin pelajar pada 30 Januari 2013 yang mungkin disampaikan oleh orang ternama daripada luar sekolah ( masih dibincangkan)

:- Mesyuarat Pemimpin Pelajar akan diadakan bersama guru-guru penasihat sebanyak 3-4 kali

-: Kem Motivasi Pengawas akan diadakan dua kali pada tahun ini. Kem yang pertama akan diadakan di sekolah pada 22 &23 Februari 2013 manakala yang kedua akan diadakan di luar sekolah pada bulan Mei

:- Tugas-tugas pemimpin pelajar pada dua minggu pertama ini akan dilaksanakan secara sementara sebelum tugas yang kekal diberikan. Lembaga Tatatertib Pengawas akan ditubuhkan bagi mengawal disiplin para pemimpin pelajar agar tidak melanggar peraturan sekolah untuk menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar-pelajar

:- Yuran bulanan ialah RM 5.00

Perkara yang telah dicadangkan oleh guru & pelajar ialah 

:- Karnival Sukan Pemimpin Pelajar

:- Tempahan baju 'T-shirt' untuk pengawas

:- membuat Taman Pengawas

:- mengeluarkan risalah bulanan pengawas

:- memakai tanda nama PENGAWAS yang berbeza daripada pelajar

:- semua pemimpin pelajar wajib memakai blazer bermula daripada bulan Februari pada setiap perhimpunan rasmi

:- diadakan bilik operasi pengawas


Semoga aktviti-aktiviti yang dirancangkan dapat dilaksanakan dengan baik oleh para pemimpin pelajar di bawah bimbingan bakal ketua pelajar dan penolong ketua pelajar di samping pimpinan guru-guru yang berkaliber. Insya-ALLAH... :)

------------------------------------------------------------------

Majlis Makan Malam Pengawas 2012


Majlis Makan Malam Pengawas 2012 yang diadakan pada hari Jumaat , 9 Oktober 2012 dilaksanakan untuk meraikan para pemimpin pelajar yang bertungkus lumus membantu menjaga disiplin sekolah ini sepanjang tahun ini. Majlis ini juga diadakan untuk para pelajar Tingkatan Lima yang juga bersungguh-sungguh memacu Badan Pemimpin Pelajar ke tahap yang lebih baik daripada tahun sebelumnya. Selain itu, majlis ini dapat mendidik para junior untuk menguruskan aktiviti - aktiviti pengawas yang besar seperti ini. Hal ini seterusnya melahirkan generasi pemimpin pelajar yang mampu membawa Badan Pemimpin Pelajar ke suatu tahap yang menjangkau jangkaan sesiapa sahaja...Insya-Allah..
Berikut ialah beberapa gambar yang sempat ditangkap semasa majlis tersebut. Semoga anda terhibur.... :)



















































                                                                                                                                                -N.A.A-