1435/2014
assalamualaikum w.b.t dan selamat sejahtera...
wah!...dah 2014 dah!...yang senior 2013 dah masuk ke alam baru..maka tinggal lah junior-junior mencari langkah dalam meneruskan usaha pemimpin pelajar SMK Panchor...
emm...setakat ini, pemimpin pelajar berada dalam keadaan yang baik. Disiplin sekolah terkawal. Kebanyakan pemimpin pelajar melakukan tugas dengan baik. Oleh itu, dinasihati kepada semua pemimpim pelajar, sila jalankan tugas dengan baik dan sila DENGAR teguran dan nasihat para senior. Ini semua kerana kami hanya mahukan perkara yang terbaik untuk sekolah dan untuk pengawas...
Semua sila berkelakuan seperti pemimpin pelajar jika ingin terus berpakaian biru. Baju biru tu bukannya dipakai untuk menunjuk-nunjuk ttapi sbgai simbol bahawa kita ini telah diberikan amanah yang sangat besar oleh pihak sekolah. Jangan ingatkan keseronokan menjadi pengawas sahaja, kerana pemimpin pelajar itu sendiri mmbawa maksud kita ini pemimpin. Pemimpin itu contoh.
Jika pemimpin pelajar tidak sedar tugas sbgai pelajar dan tidak mematuhi peraturan, layak kah kita digelar pemipin pelajar? layak kah kita memegang amanah sebesar itu?
Renung-renungkan... -peringatan untuk diri yang menulis-