Selasa, 16 April 2013
MTAQ = MENCABAR MINDA!
Assalammualaikum.
MAJLIS TILAWAH AL-QURAN telah diadakan pada 13hb April 2013 di
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN PANCHOR buat kali ke-39nya.Namun begitu,kelancaran majlis tersebut berlangsung bergantung kepada 50% usaha para pengawas yang gigih menggalas tanggungjawab dan amanah untuk memimpin peserta-peserta pertandingan tersebut.Syabas diucapkan kepada ketua pengawas iaitu,ZARUL MUSTAQEEM kerana telah berjaya menjadi ketua yang berwibawa pada hari Sabtu yang lalu.Yang pasti,penolong ketua pengawas iaitu akk ALYIA FARZANA dan akk NABILAH telah banyak mencurahkan tenaga dengan mengawasi kita semua selaku SENIOR.Saya juga ingin mengucapkan tahniah kepada diri saya sendiri dan pengawas-pengawas tingkatan 2,3,4 dan 5 yang lain.
(Sesungguhnya,kita SEMUA memang rajin.=p).
Kepada para pengawas yang tidak hadir pada hari Sabtu yang lalu,anda semua telah melepaskan peluang yang begitu berharga.. =)
Khamis, 14 Februari 2013
maaf terlambat!
![]() |
tiada kaitan / hanyalah imej semata-mata |
Setelah hampir sebulan blog pengawas ini terbengkalai,saya ingin memohon maaf kerana dek kerana kesibukan masa dan sifat malas yang membelenggu diri saya gagal untuk meng-updatekan blog ini.IM M SO SO SO SORRY.. *ya,kedengaran sangat ikhlas*
Kini blog ini dalam proses pembaharuan dan saya juga berjanji setiap bulan,blog ini akan silih berganti postnya.Saya mahu mengucapkan tahniah kepada pengawas2 yang terlibat dalam majlis penyerahan sijil pelantikan pengawas!!Anda semua memang layak untuk menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh sekolah dan TUAN HAJI AMIR.Saya pasti cikgu kpop a.k.a EN.KARIM sudah mampu menghembuskan nafas lega setelah semuanya telah berakhir.
Walaupun terdapat khabar angin mengatakan KETUA PENGAWAS S.M.K PANCHOR
( ABG ZARUL KITA) sedikit gementar pada hari yang bersejarah itu,saya ingin menasihati kita sebagai pengikut2 setia badan pengawas haruslah mengambil berat mengenai 'aku janji' yang telah kita semua lafazkan di hadapan semua murid sekolah kita.Jika kita tidak mematuhi peraturan sekolah,ini pasti akan dijadikan alasan oleh murid 2 untuk berkelakuan yang tidak wajar di sekolah.Saya juga ingin menyarankan dengan keras supaya kita semua gigih menghafal 'aku janji' tersebut supaya kejadian tahun ini tidak berlaku lagi.
(kejadian di mana pengawas hanya 'miming' dan mengharapkan belas ehsan lain untuk membaca janji itu dengan kuat.Kita sebagai pemimpin pelajar tidak sepatutnya begini ya adik-adik..)
INSYA ALLAH,di post yang akan datang,gambar-gambar di sekitar majlis tersebut akan dipostkan untuk tatapan umum.**
yang benar,
nor idayu (4sains)
Sabtu, 5 Januari 2013
GURU-GURU BADAN PEMIMPIN PELAJAR 2013
Pada Mesyuarat Guru-guru SMK Panchor awal tahun lalu, persetujuan telah dicapai untuk memilih guru-guru yang berkaliber berikut sebagai guru pengawas pada tahun 2013. Semoga Badan Pemimpin Pelajar akan menjadi lebih baik pada tahun ini dengan bimbingan para guru yang hebat ini. Insya-ALLAH... :)
:- Encik Abdul Karim bin Puteh
:- Encik Mustapha bin Kamil
:- Encik Zaharuddin bin Baharuddin
:- Puan Siti Nor Shahshina binti Soffi
:- Puan Hajah Fadilah binti Haji Yaacob
Langgan:
Catatan (Atom)